Monday, 7 May 2012

Web Berasaskan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja


     Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan turut sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.
Khususnya, dasar Jabatan ialah:

  • Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat;
  • Untuk memastikan bahawa semua kakitangan diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
  • Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi;
  • Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan lain-lain keperluan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan yang diluluskan;
  • Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan
  • Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.


Jabatan yakin bahawa faktor keselamatan dan kesihatan yang dipertingkatkan secara berterusan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan pengaplikasian cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah memastikan kejayaan misi kita. (Sumber dari Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia)


               Berdasarkan dasar tersebut, dapat aku fahami bahawa betapa pihak kerajaan turut mengambil berat berkaitan dengan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Aku harus mengambil tahu sedikit sebanyak berkaitan dengan dasar OSHA kerana aku merupakan salah seorang AJK OSHA dalam komunitiku. Pada mulanya aku agak keliru dengan OSHA namun apabila aku dan kumpulan OSH Kuala Lumpur berjaya mengadakan minggu “Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 2011” yang lalu aku kini sudah dapat memahaminya. Selaku salah seorang AJK aku terlebih dahulu dapat mengikutikursus keselamatan bersama anggota bomba, polis dan juga membuat pemeriksaan keselamatan.Namun aku tidak dapat mengikut seminar untuk menderma darah kerana pada masa tersebut aku sedang mengandung.Walaupun kebanyakan aktiviti lasak terpaksa aku tolak daripada menyertainya, namun aku amat beruntung kerana dapat mengikuti seminar terbabit.

              Menurut Dr,Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun, keselamatan dan kesihatan merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang semakin mendapat perhatian dalam organisasi masa kini. Kemalangan yang berlaku kesan daripada kecuaian organisasi terhadap aspek keselamatan dan kesihatan telah menyebabkan banyak pembaziran dan kesan negatif kepada organisasi. Hal ini terbukiti berdasarkan peratus jumlah kadar kematian dan kecerderaan akibat kemalangan di tempat kerja yang disiarkan dalam akhbar sinar harian pada 29hb April 2011.

              Aku berpendapat bahawa kesedaran yang tinggi diperlukan daripada semua pihak untuk menekankan kepentingan keselamatan dan kesihatan ini. Pada pendapat aku, perlu wujudnya kepekaan daripada pihak organisasi terhadap setiap isu berkaitan dengan OSHA ini kerana berdasarkan kepekaan terbabit akan mewujudkan keyakinan daripada setiap pekerja dalam organisasi terbabit. Bahkan aku rasakan bahawa keyakinan akan wujud daripada semua pihak dalam organisasi lalu setiap tugasan mampu mereka laksanakan dengan lebih cepat,berkesan dan selamat.

AKHBAR: SINAR HARIAN: NASIONAL
TARIKH: 29 APRIL 2011
Lebih 21, 000 kes kemalangan pergi, balik tempat kerja
NUSAJAYA – Jumlah kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja mencatatkan angka yang serius walaupun jumlah kemalangan di tempat kerja di negara ini berjaya dikurangkan sejak 10 tahun yang lalu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, pada tahun 2010, kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja direkodkan sebanyak 21,909 kes atau 30 peratus daripada 57,656 kes kemalangan industri yang dilaporkan.
Ini menunjukkan peningkatan berbanding 20,810 kes kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja yang dilaporkan pada 2009.
”Ini adalah di luar kawalan pihak majikan, pekerja itu sendiri kena mengambil langkah keselamatan sendiri, khususnya mereka ketika pergi dan balik ke tempat kerja dan kemalangan membabitkan penunggang motosikal,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja 2011 di tapak pembinaan Kolej Marlborough di sini, semalam.
Subramaniam berkata, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Institut Keselamatan dan Pekerjaan Negara (NIOSH), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain agensi telah merancang banyak program kesedaran program ‘Safe Riding’ untuk pekerja yang menunggang motosikal.
Kemalangan tersebut yang selalunya melibatkan kehilangan nyawa atau hilang keupayaan kekal menyebabkan kerugian modal insan, kerugian ekonomi kepada negara dan juga keluarga.
Menurut statistik yang dikeluarkan Perkeso, 81,810 kes kemalangan industri dilaporkan pada 2002 di mana 63,423 kes melibatkan kemalangan di tempat kerja manakala 18,387 kes melibatkan kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja.
Ia menunjukkan penurunan jumlah kemalangan di tempat kerja tetapi kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja menunjukkan trend yang meningkat.
Perkeso telah membayar RM1.549 bilion pampasan mangsa kemalangan industri pada 2010 berbanding RM1.354 bilion yang dibayar pada tahun sebelum itu.
Peningkatan jumlah pampasan itu menurut beliau adalah disebabkan faktor kenaikan gaji para pekerja di mana semakin tinggi gaji pekerja semakin besar pampasan yang akan dibayar Perkeso.

       Menurut pandangan aku juga, pihak majikan dan pekerja haruslah bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja bagi setiap pekerja di Malaysia. Perkara ini bertujuan agar untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan setiap pekerja dalam setiap organisasi akan lebih terjamin. Selain daripada itu, aku juga berpendapat dengan mewujudkan badan yang mengawal dan memantau aktiviti OSHA, ini akan dapat menghasilkan dan menunjukkan kesan positif ke arah keselamatan dan kesihatan organisasiku. Justeru, dengan wujudnya kesan positif terbabit maka setiap isu dan permasalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja mampu dibendung dan dikurangkan kepada sifar dalam organisasiku. Ini kerana aku percaya dengan wujudnya badan yang menyelia OSHA ini bukan sahaja aku, namun setiap pekerja dalam organisasiku akan dapat berasa yakin dengan badan bertindak terbabit. Disamping itu, kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu sentiasa ditingkatkan dan diteruskan tanpa sekatan dan batasan masa.

 Mengikut pemerhatian aku, aspek keselamatan dan kesihatan pekerja bukan sahaja perlu diamalkan dalam industri besar namun, harus juga diamalkan dalam setiap jenis organisasi daripada industri kecil kepada industri besar. Walaubagaimanapun, pada pendapat aku walaupun wujudnya OSHA namun, jika tiada kerjasama dan kesedaran yang cukup tinggi daripada pekerja-pekerja lain mahupun pihak atasan, OSHA pastikan akan menemui jalan buntu. Oleh itu, setiap pekerja dalam organisasi perlu diberikan latihan atau penerangan yang terbaik berkaitan dengan OSHA. Hal ini kerana aku percaya bahawa kesedaran yang dimiliki daripada semua pihak mampu untuk menangani masalah-masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara lebih komprehentif  untuk membantu dalam pembentukan budaya kerja yang selamat dan sihat.

Aku faham bahawa dalam kepentingan keselamatan dan kesihatan terdapat lima faktor utama yang menyumbang besar kepada OSHA. Antara faktor-faktor tersebut adalah berkaitan dengan mengurangkan kos, memotivasikan pekerja, mengelakkan tuntutan, memberi motivasi pekerja, menjalankan tanggungjawab sosial dan yang paling penting adalah imej organisasi. Setiap faktor amat penting untuk menjaga kepentingan keselamatan dan kesihatan, dan bukan hanya digunakan dalam organisasiku malahan juga digunapakai dalam semua organisasi di Malaysia.Menurut Dr. Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun faktor pertama kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah berkaitan dengan mengurangkan kos yang merupakan perkara utama mengapa keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan isu penting dalam organisasi masa kini. Organisasiku juga menitik-beratkan kos dalam pembiayaan bil-bil perubatan pekerja. Oleh sebab itu, wujud klinik-klinik panel berdaftar yang membenarkan pekerja mendapat rawatan secara pembiayaan oleh organisasi.

Sebagai seorang penyelia aku amat bersetuju dengan peraturan tersebut kerana tidak ramai pekerja akan mengambil cuti sakit sewenang-wenangnya. Perkara ini penting kerana hanya cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital atau klinik panel berdaftar sahaja yang diterima tanpa banyak persoalan. Pandangan aku terhadap peraturan ini adalah amat tepat kerana hal ini dapat mengurangkan masalah gangguan terhadap operasi organisasi dan juga pembayaran bil-bil perubatan akan berkurangan. Kesannya, organisasi aku dapat mengurangkan kos organisasinya.

Menurut Dr. Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun lagi, faktor kedua bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah berkaitan dengan mengelakkan tuntutan. Atau dalam kata lain, bermaksud tindakan oleh pihak berkuasa mengenakan denda atau tindakan ke atas organisasi yang mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan para pekerja. Faktor mengelakan tuntutan berkaitan dengan pematuhan organisasi terhadap akta OSHA 1994.Hal ini bermakna setiap organisasi harus menyediakan persekitan kerja yang lebih selesa dan memberi kesedaran kepada semua pekerja tentang kepentingan fungsi OSHA dalam setiap organisasi. Sebagai seorang pekerja aku amat bersetuju dengan penyataan diatas kerana walaupun organisasi cuba mengelakkan tuntutan, namun organisasi tersebut haruslah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam OSHA. Dengan ini organisasi terbabit mampu untuk menghalang dan mengelakkan tuntutan daripada pihak-pihak lain.

Menurut Dr. Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun, faktor ketiga kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja pula adalah berkaitan dengan motivasi pekerja di mana dapat dihuraikan apabila organisasi menekankan aspek keselamatan dan kesihatan maka keselesaan persekitaran tempat kerja dapat ditingkatkan dan mendorong pekerja untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Mengikut pandangan aku pula, setiap pekerja akan memberikan sepenuh usaha dan tenaga kepada organisasi apabila setiap pekerja dalam organisasi merasa selamat dan bebas melakukan tugasan yang ditetapkan. Menurut aku, apabila organisasi aku mampu menyediakan persekitaran kerja yang selesa, maka aku akan lebih bermotivasi untuk melakukan tugasanku.

Faktor keempat kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja menurut Dr. Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun adalah berkaitan dengan tanggungjawab sosial.Peningkatan aspek keselamatan dan kesihatan juga merupakan usaha organisasi ke arah melaksanakan tanggungjawab sosial.Aku berpendapat amatlah menarik apabila sesebuah orgnisasi mampu untuk mengaut keuntungan tetapi tidak melupakan dan mengambil berat terhadap isu-isu keselamatan dan kesihatan semua pekerjanya.Pada pendapat aku, ini bermakna organisasiku bukan sahaja mengajikan kami sebagai pekerjanya sahaja namun juga menjaga kepentingan kami terhadap keselamatan dan kesihatan.

Menurut Dr, Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun lagi, faktor terakhir kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah berkaitan dengan imej organisasi, di mana imej organisasi juga akan dapat ditingkatkan kesan daripada usaha organisasi ke arah meningkatkan keselamatan dan kesihatan dalam organisasi.  Bagi aku, ini bermaksud setiap organisasi akan menjaga imej organisasi agar dapat menggambarkan kesan positif untuk diketahui oleh orang luar. Aku berpendapat setiap organisasi yang mempunyai imej organisasi yang positif akan memudahkan organisasi terbabit mendapat perhatian dalam mencari pekerja dan jika organisasi tersebut bertindak seperti organisasi tempat aku berkerja di mana para pekerjanya akan diberi bonus untuk menggalakkan kesetian pelanggan –pelanggan terhadap perkhidmatan yang kami tawarkan.

Kesimpulan yang aku perolehi daripada pendapat Dr. Zakir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohammad Hasun dalam bukunya adalah setiap organisasi di Malaysia perlu mengambil kira isu keselamatan dan kesihatan dalam mengendalikan urusan peniagaan mereka. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebenarnya merupakan satu pelaburan positif yang menguntungkan dalam tempoh jangka masa panjang dan bukannya pembaziran atau kerugian yang akan ditanggung oleh organisasi. Jika berlaku kemalangan yang boleh memyebabkan kematian dan kecederaan, ianya lebih merugikan dan memberikan tekanan kepada organisasi.Realiti ini juga disokong dengan statistik berkaitan dengan kemalangan perusahaan yang membimbangkan dan melibatkan sejumlah besar pampansan.

Menurut aku pula, sesebuah organisasi itu pasti dapat mengurangkan jumlah pampasan dan kos–kos sampingan jika setiap organisasi mampu menyediakan persekitaran kerja yang lebih sempurna dan teratur. Menjaga kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja kepadaku juga bermakna setiap organisasi itu menjaga periuk nasinya di mana kita ketahui bahawa semua pekerja mahukan keadaan kerja yang selamat, selesa dan aman.Hal ini kerana kebanyakan masa dalam kehidupan seharian individu dewasa adalah dihabiskan di tempat kerja itu sendiri. Bagi aku berdasarkan penyatan di atas adalah menjadi kewajipan untuk semua organisasi di Malaysia untuk mwujudkan persekitaran kerja yang selamat serta menyedari akan wujudnya undang-undang dan badan berkanun yang memantau keselamatan dan kesihatan setiap pekerja-pekerja di Malaysia.

Selain daripada itu, aku sendiri sebagai seorang pekerja juga seharusnya mendapatkan sebanyak maklumat dan ilmu pengetahuan yang mungkin untuk mengetahui setiap hak-hak yang aku miliki dan membolehkan aku dan setiap pekerja untuk mendapatkan hak keselamatan dan kesihatan semasa kami menjalankan tugasan. Perkara ini kerana bagi aku tidak semua kemalangan yang berlaku berpunca daripada pesekitaran kerja itu sendiri, namun kelalaian dalam menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri juga menjadi puncanya dan kemungkinan juga dapat menjejaskan masa depan diri sendiri.

Tambahan untuk pemahaman aku terhadap OSHA adalah setiap organisasi juga perlu mewajibkan setiap pekerja untuk mengikuti program latiahan keselamatan dan kesihatan. Selain daripada itu, badan pemantau OSHA pula perlu memastikan setiap organisasi di dalam Malaysia menyediakan dan memberi program latihan berkaitan dengan maklumat tentang kepentingan OSHA kepada setiap pekerjanya. Hal ini kerana program-program ini berkemungkinan dapat membantu pihak organisasi atau pekerja. Jika tidak mampu untuk menghalang 100%, namun sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kemalangan tersebut. Setiap program latihan terbabit perlu sentiasa dipertingkatan dan perlu adanya penambahbaikan dari tahun ke tahun.

Rujukan :-

Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohd Hasun, 2008.Prinsip Pengurusan Sumber
Manusia. Selangor.Leeds Publications, hlm 241-277.

Maimunah Aminuddin, Penterjemah Dr.Fauziah Noordin, 2003. Asas Pengurusan
Sumber Manusai. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd, hlm 166-197

Faridahwati Mohd.Shamsuddin, Md. Lazim Mohd. Zin, Zuraida Hassan, Hadziroh
Ibrahim, Chandrakantan Subramaniam,Ghazali Din,Mohamad Ismail Wasli dan
Edora Ismail,2006.Pengurusan Sumber Manusia Di Malaysia.Malayia.Mc Graw Hill,
hlm205-224.


f

No comments:

Post a Comment